Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RTM Hos Rasmi Olimpik...

KUALA LUMPUR - Pengisian program Radio Television Malaysia (RTM) perlu lebih kreatif untuk...

Ketua JSJ Sarawak Ketuai...

MIRI - Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes pembunuhan dua lelaki...

Bos Anda Teruk?… Wanita...

ANDA sangka bos anda dah teruk, tapi wanita ini, Corina Cretu yang juga...

SkyWorld Kumpul RM50j Menerusi...

KUALA LUMPUR - Pemaju hartanah SkyWorld Development Group mengumpul sebanyak RM50 juta menerusi...

Sistem Efisien Bantu Warga Bangladesh Kerja Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengadakan kerjasama dengan Bangladesh bagi mewujudkan sistem yang efisein, telus dan produktiviti untuk rakyat negara itu bekerja di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Nurul Islam tentang perkara itu semalam.

Katanya, beliau turut memaklumkan kepada wakil delegasi Bangladesh bahawa Malaysia perlu menangani ramai pekerja Bangladesh tidak memiliki dokumen dan yang berada di Malaysia melebihi tempoh ditetapkan.

“Saya beritahu beliau Kementerian Sumber Manusia mahu mewujudkan sistem aplikasi untuk pekerja asing bagi memerangi kebimbangan terhadap peningkatan biaya pengambilan dan amalan tidak bertanggungjawab dalam prosedur pengambilan pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas gambar beliau bersama wakil kerajaan Bangladesh menandatangani satu dokumen yang didakwa mahu membenarkan lebih ramai pekerja Bangladesh bekerja di Malaysia tersebar di media sosial sejak semalam.


Hal itu dikecam netizen Malaysia memandangkan pemimpin PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjanji mengurangkan pekerja asing di Malaysia, malah mengunakan isu ramai pekerja asing Bangladesh sebagai bahan kempen memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

M. Kula seterusnya berkata, perkara-perkara yang diketengahkan oleh delegasi Bangladesh dalam pertemuan itu ialah memperkukuh hubungan buruh antara kedua-dua negara terutama dengan kerajaan baru Malaysia dan mengatasi (isu) warga Bangladesh yang mencari pekerjaan secara haram atau tinggal lebih masa. – MYNEWSHUB.TV

Kategori