Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Alumni Universiti Berperanan Penting...

SUBANG - Peranan alumni universiti adalah penting dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)...

Nabil Ahmad Nafi Bakal...

BARU-BARU ini terdapat desas-desus yang mengatakan pelawak terkenal, Nabil Ahmad bakal mengundurkan diri...

97.8 Peratus Perbelanjaan IKSIM...

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM7.43 juta daripada RM7.6 juta perbelanjaan dan pembayaran yang...

Syed Alman Zain Maut...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa punca kematian...

Sistem Kehakiman Dirompak Kerajaan PH?

PULAU PINANG – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal mempersoalkan sama ada sistem kehakiman negara telah dirompak berikutan Pejabat Peguam Negara menarik balik pertuduhan rasuah yang dihadapi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketuanya, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, keputusan berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan berhubung `rule of law’ yang sering diagung-agungkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama ini.

Menurut beliau, tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai tamparan hebat kepada sistem perundangan negara.

“Rakyat kini dapat melihat dengan jelas bagaimana kerajaan baharu menghancurkan sistem keadilan.


“Ini kerana kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiasat dengan mendalam walaupun tiada bukti, namun beliau tetap diheret ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norhiesam berkata, Pejabat Peguam Negara mengambil pendekatan berbeza berhubung pertuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan itu.

“Tuduhan begitu mudah digugurkan secara veto oleh Peguam Negara. Soalan saya, mengapa perlu takut, biar mahkamah yang tentukan sama ada Guan Eng bersalah atau tidak bersalah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori