Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Ketua Negara Pertama...

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan ketua...

Beri Duit, Telefon Bimbit...

KEJAM... Rasanya itu perkataan yang sesuai dengan perbuatan terkutuk yang dilakukan seorang warga...

Selesai Jalani Pemulihan, Zamani...

BULAN lalu, nama vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim menjadi sebutan apabila dia ditangkap pihak...

Penonton Cemas Penerjun Terbabas...

SIBU - Para penonton acara terjun Sibu International BASE Jump 2018 yang membanjiri...

Siti Kasim ‘Hina’ Subjek Islam SPM Macam Sampah?

TIDAK SERIK… Peguam kontroversi dan aktivis masyarakat liberal terkenal tempatan, Siti Kasim terus pertikai apa sahaja isu berkaitan Islam di negara ini yang didakwa konon sekat kebebasan.

Terbaharu, menerusi hantaran dalam laman sosial Facebooknya, dia dengan angkuh minta Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk lihat kembali sukatan subjek Pendidikan Islam Tingkatan Lima yang diguna pakai ketika ini.

Dalam salah satu kemas kininya, Siti Kasim berkongsi satu gambar tangkap layar membabitkan topik kecil mengenai isu murtad dan hukuman bunuh yang didakwanya dihantar oleh salah seorang pelajar tingkatan lima kepadanya.

”Sejak tersebarnya berita mengenai seorang isteri yang dipukul, seorang pelajar mengirim pesanan kepada saya dan berkongsi gambar ini. Sekarang, tolong beritahu saya sama ada ini betul atau salah? Tolonglah Dr. Maszlee.

“Anda perlu lihat silibus Pendidikan Islam kembali. Ini sangat ngeri,” katanya. Berdasarkan foto disiarkan dipetik daripada sebuah buku ulang kaji Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dinyatakan beberapa rasional hukuman bunuh.

Namun kes berkenaan melibatkan orang murtad dengan disenaraikan sebab antaranya bagi beri amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan dan elak orang murtad pengaruhi orang Islam lain ikut jejak langkahnya.

Juga sebagai satu cara untuk halang tindakan merendah dan memburukkan agama Islam serta elak perbuatan riddah daripada berleluasan yang boleh mencemarkan kesucian Islam. Perkara ini bukan isu yang baharu pun.

Bagaimanapun Siti Kasim sengaja menjadikan isu itu sebagai momokan untuk gambar imej Islam seolah-olah sekat hak asasi manusia termasuk murtad malahan hantaran tersebut terima banyak sokongan ramai netizen anti-Islam.

Melalui perkongsian lain, Siti Kasim turut bangkit persoalan mengenai soalan peperiksaan Pendidikan Islam Kertas 1 diterbitkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Selangor mengenai topik kecil “cara memukul isteri yang nusyuz”.


”Adakah ini yang pelajar-pelajar Melayu belajar di sekolah? Apakah ini Dr. Maszlee? Adakah ini boleh diterima. Sampah jenis apakah yang kita ajar kepada anak-anak kita ini di sekolah?” katanya lagi dalam nada cukuk biadab.

Perkongsian kontroversi Siti Kasim berkenaan isu tersebut namun segera disambut oleh Dr. Maszlee sendiri dengan dibalasnya melalui satu kicauan ringkas menerusi laman sosial popular Twitter juga pada petang hari yang sama.

”Terima kasih atas keprihatinan dan membawa perkara ini untuk makluman saya. Saya akan ambil tindakan bagi meneliti perkara ini,” kata beliau. Bagaimanapun tidak pasti sama ada menteri itu serius atau sekadar sindiran.

Apa yang pasti, tindakan Siti Kasim telah undang persepsi buruk bukan Muslim terhadap ajaran Islam bahkan boleh menjadi fitnah kepada kesucian Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Rasulullah SAW lebih 14 kurun lalu.

Hakikatnya bukanlah Islam yang mengajar penganutnya menjadi ganas, tetapi perbuatan Siti Kassim yang seleweng daripada ajaran agama dan menafsirkannya secara salah itulah yang menyebabkan Islam dilihat pula sebagai ganas.

Sewajarnya tindakan keras dikenakan ke atas fitnah ditimbulkan oleh beliau kepada agama Islam yang seumpama berani terbit fatwa sendiri tanpa dalil kukuh berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori