Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

15 Motosikal, Kereta Terbakar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 motosikal dan sebuah kereta terbakar di tempat letak...

Negeri Sembilan Kekal Pendahulu...

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan mengekalkan kedudukan teratas Liga Perdana selepas menang tipis...

Pelajar Didenda Jika Berat...

BEIJING - Sebuah sekolah di wilayah Zhejiang, China mengenakan denda berlari setiap hari...

226 Mangsa Banjir Dipindahkan...

IPOH : Seramai 226 penduduk dari tujuh kawasan di daerah Batang Padang dan...

SMAPUTRA Mulakan Sesi Persekolahan 2019 Di Bangunan Sendiri

PUTRAJAYA – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMAPUTRA) akan berpindah ke bangunan kekalnya di Presint 11, Putrajaya mulai sesi persekolahan Januari 2019.

Buat masa ini, SMAPUTRA beroperasi dan berkongsi bangunan dengan SMK Presint 11 (2) mempunyai seramai 521 murid dan 77 guru.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan hari ini berkata bangunan 25 bilik darjah dengan kapasiti 750 orang murid, serta beberapa kemudahan lain itu akan siap sepenuhnya akhir bulan depan (31 Oktober).

“Kemudahan lain meliputi asrama, blok pentadbiran, blok akademik, makmal, dewan makan, dewan serba guna, surau, padang, rumah Pengetua, dan rumah warden,” katanya.

SMAPUTRA merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) kedua di Wilayah Persekutuan selepas SMKA Kuala Lumpur berkonsepkan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang telah dilaksanakan mulai 2017.


SMAPUTRA telah melaksanakan dua aliran kurikulum iaitu Kurikulum SMKA untuk tingkatan 3 hingga tingkatan 5, manakala kurikulum TMUA di tingkatan 1 dan 2.

“Kehadiran sekolah ini dengan premis kekalnya memberi sumbangan besar kepada keperluan pendidikan terutamanya anak-anak dari komuniti Putrajaya dan sekitarnya,” kata Maszlee. – BERNAMA

Kategori