Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Bomba Turut Berdepan...

KOTA BAHARU - Banjir besar melanda Kelantan kali ini jelas memberi pengalaman baharu...

‘Saya Tak Boleh Bagi...

Kuala Terengganu : Teka-teki pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri diterajui...

3 Hari Bayar RM99...

PANAS... Proton Holdings Bhd (Proton) menawarkan bayaran tempahan hanya RM99 bagi model kenderaan...

Awie Dah Bertunang Dengan...

TIADA angin, tiada ribut.. tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan vokalis kumpulan Wings, Awie...

SPRM Reman Orang Tengah Beri Rasuah Kepada Kakitangan JPJ

TEMERLOH – Seorang lelaki yang disyaki bertindak sebagai orang tengah dalam memberi rasuah kepada kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman selama enam hari bermula hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah reman terhadap suspek yang berusia 34 tahun itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Temerloh oleh Majistret Nordiana Abd Aziz bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek ditahan pada pukul 11.15 malam tadi di pejabat SPRM di sini, selepas dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan pengeluaran lesen kenderaan motor sudah tamat tempoh.

Dia yang bekerja sendiri merupakan individu kedua di Pahang yang ditahan dalam siasatan yang melibatkan beberapa buah negeri, sejak tahun 2016.

Pada Sabtu lalu, SPRM memperoleh perintah reman selama enam hari ke atas seorang pembantu tadbir (pengkeranian operasi) JPJ cawangan Temerloh yang dikatakan mengambil suapan bagi membolehkan lesen kenderaan motor yang tamat tempoh melebihi setahun dikeluarkan tanpa melalui prosedur.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan dengan cara memanjangkan tempoh tarikh tamat supaya kenderaan terbabit tidak perlu melalui pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom). – BERNAMA

Kategori