PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan dua lelaki warga Malaysia bagi membantu satu siasatan kes rasuah.
SPRM dalam satu kenyataan media berkata, salah seorang individu terbabit ialah Chang Kang Vui, 29, yang beralamat terakhir di Beverly Hill Phase 5, Blok M 3-0, Penampang, Sabah.
“Individu kedua yang sedang dikesan ialah Adrian Hiew Khai Yuen, 24, yang mempunyai alamat terakhir di Kedai Kopi Sin Lee, Tingkat 1, Putatan, 88200 Sabah,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM di talian 088-488 381. – MYNEWSHUB.TV