Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Soorya India Sasar RM40,000...

KUALA LUMPUR - Festival Soorya India 2017 menyasarkan kutipan RM40,000 daripada persembahan amal dua harinya  yang...

Pemuda PAS Tuntut Nga...

KOTA BAHARU - Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menuntut anggota Parlimen Taiping,...

Kes COVID-19 Dijangka Meningkat...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 berikutan bencana banjir,...

Pelantikan MB Pahang Selepas...

BENTONG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini,...

SPRM Terkejut Keputusan Kes Lim Guan Eng

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Lim, 58, dan Phang, 46, berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim, dan Datuk V.Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.

Hadhariah berkata beliau tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

DNAA bermakna, pihak pendakwaan boleh meneruskan pertuduhan yang sama terhadap tertuduh. – BERNAMA

Kategori