Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Senarai Ahli Kabinet Pada...

SENARAI ahli Kabinet kerajaan baharu berada pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan majlis...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad...

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada...

Nga Kor Ming Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan dipanggil ke Bukit...

Harga RON97 Kekal Selama...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing­-masing kekal pada paras RM2.08...

Starbucks Masuki Pasaran Mencabar Kopi Di Itali

STARBUCKS yang sudah menguasai pasaran rangkaian kedai kopi di seluruh dunia kini tiba di Itali untuk melawan gergasi kopi dunia itu di laman sendiri.

Starbucks selama ini dianggap sebagai jenama kopi “stailo” yang sebahagian besar pelanggannya ialah generasi muda atau mereka yang sukakan gaya hidup mewah dan terkini.

Jenama kopi ini juga dijangka tidak akan dapat menembusi pasaran Itali, tempat lahir kopi seperti yang dipasarkan di seluruh dunia hari ini.

Nama-nama seperti espresso, cappucino dan banyak lagi semuanya dalam bahasa Itali, dan Starbucks juga sering disindir kerana menggunakan istilah dalam bahasa Itali untuk saiz minumannya.

Minggu ini, kedai kopi pertama Starbucks dibuka di Milan, bandar moden dan kosmopolitan di utara Itali.

Pembukaan kedai mewah Starbucks ini mencetuskan minat ramai terhadap keberanian Starbucks memasuki pasaran Itali ini, kerana tanggapan ramai selama ini ialah Starbucks “terlalu Amerika” untuk pasaran Itali.

Starbucks di Itali dianggap seperti Pizza Hut di negara tersebut, jenama Amerika Syarikat yang berperisa Amerika memasuki pasaran tempat asal produk tersebut.

Kedai premium Starbucks itu terletak di sebuah bangunan luas yang sebelum ini menempatkan pejabat pos di Piazza Cordusio, tidak jauh dari panggung opera ikonik La Scala.

Sebuah bar sepanjang 30 kaki dibina di dalam kedai ini, diukir daripada satu blok batu marmar Tuscan.


Kedai di Milan ini ialah kedai ketiga selepas di Seattle dan Shanghai yang menjual hanya kopi “premium” yang bukan dibuat secara produksi massa, selain makanan daripada pembuat roti Itali, Rocco Princi.

Starbucks ini juga mensasarkan pasaran atasan. Secawan espresso dijual pada harga €1.80, lebih €1 lebih mahal berbanding kebanyakam kafe di Itali.

Starbucks telah membuka sebanyak 28,000 kedai di 77 negara sebelum tiba di Itali, di mana budaya kopi lebih tradisional dan kebanyakan peminum kopi minum espresso berdiri di kaunter kafe dan segera beredar.

Jenama global AS ini membawa budaya baharu minum kopi, mengikut gaya hidup baharu golongan muda dan global.

Kehadiran pelancong dan orang asing di Milan juga boleh membantu, terutama melibatkan mereka yang sudah biasa dan berpengalaman dengan gaya Starbucks.

Starbucks di Milan ini bagaimanapun turut mengambil kira budaya setempat, apabila ia menumpukan pada menu yang lebih ke arah Itali, dan mengurangkan pilihan minuman besar bersusu yang popular serata dunia.

Antara penyesuaian yang dibuat ialah tidak memasukan minuman popular Frappucino.

Pemerhati melihat kedai mewah Starbucks ini boleh berjaya di Milan dan Itali dalam jangka sederhana dan panjang, ekoran sifat kosmopolitan kota Milan dan kemunculan generasi baharu yang lebih cenderung dengan budaya Amerika. – Mynewshub.tv

Kategori