Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anjing Pun Nak Merasa...

SELAIN khinzir, anjing juga merupakan haiwan di bawah golongan najis berat (mughallazah) yang...

Guru Wajib Pupuk Perpaduan...

TANJONG MALIM - Para guru mempunyai pengaruh kuat untuk memupuk semangat muhibah dalam...

Rekod Tertinggi, 3,027 Positif...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara hari ini mencatatkan angka...

KRT & SRS Ejen...

TANAH MERAH - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan mahu Kawasan...

Straw: Larangan Hanya Untuk Peniaga Kedai Makan

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan larangan penggunaan straw minuman plastik berkuatkuasa 1 Jan 2020 ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan yang merupakan pemegang lesen dan bukan orang ramai.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, larangan itu akan tertera dalam syarat-syarat lesen perniagaan mulai 1 Januari 2019.

“Pada masa yang sama, straw yang bukan daripada jenis plastik konvensional akan turut disediakan sebagai alternatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kempen-kempen kesedaran berhubung kesan negatif penggunaan straw plastik konvensional ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019 sehingga larangan itu berkuatkuasa, katanya.

Adnan berkata pihaknya juga akan mengecualikan sebarang tindakan kepada golongan kurang upaya dan pesakit yang memerlukan straw dan bahan-bahan plastik dalam kehidupan harian mereka.

Sebagai pengganti kepada straw plastik konvensional, katanya, straw daripada bahan-bahan biodegradasi ataupun kertas boleh digunakan. – BERNAMA

Kategori