Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wartawan Filipina Ditembak Mati

MANILA : Seorang wartawan Filipina ditembak mati ketika sedang memandu di ibu negara...

Hampir Sejuta Mangsa Tertipu,...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sebanyak 947,301 individu menjadi mangsa...

Penumpang AirAsia X Selamat...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan kesemua penumpang AirAsia X flight...

Lelaki Nigeria Didakwa Tipu...

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Suami Isteri Selamat Selepas Kereta Dinaiki Terbakar

BANGI – Tindakan pantas seorang lelaki memberhentikan kenderaan sebaik menyedari kereta dinaiki terbakar membantu menyelamatkan nyawanya serta isteri dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bangi Avenue, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kereta Proton Satria dinaiki mangsa, Erman Mahrilar, 43, bersama isterinya musnah akibat kebakaran terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Rosman Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 9.03 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati api sedang marak sebelum kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Rosman berkata, kejadian disedari oleh mangsa yang dikatakan melihat asap keluar daripada bahagian enjin kereta berkenaan.


“Mangsa kemudian memberhentikan kenderaan dan keluar dari kereta terbabit bersama isterinya. Api kemudian semakin marak menyebabkan orang awam menghubungi balai bomba untuk memadamkan kebakaran kereta itu.

“Mangsa dan isterinya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – BH ONLINE

Kategori