SAMAN… Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah sah bertindak menuntut ganti rugi RM300 juta daripada Clare Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise dan Vinlin Press Sdn. Bhd.
Ini kerana ketiga-tiga defendan itu mendakwa baginda konon terlibat dalam konspirasi dengan ahli perniagaan Low Taek Jho berkaitan skandal 1MDB menerusi buku āThe Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Exposeā.
Surat telah dihantar pada Khamis lalu kepada tiga pihak berkenaan yang merupakan Pengasas dan Editor Portal Sarawak Report, penerbit buku dan pencetak yang menuntut setiap mereka masing-masing membayar RM100 juta.
Peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay yang mewakili Sultanah Nur Zahirah berkata, sebarang tuntutan yang bakal diberikan oleh pihak mahkamah akan didermakan kemudian kepada pelbagai badan kebajikan tempatan.
āRewcastle-Brown diberikan tempoh lapan hari dari 27 September untuk memberikan surat penarikbalikan secara bertulis yang jelas serta didedahkan kepada umum dan juga permohonan maaf secara bertulis.
Baca: Sultanah Terengganu Saman Sarawak Report
“Ia dengan syarat-syarat sebagaimana diluluskan oleh peguamcara Sultanah Terengganu.Ā Beliau juga harus beri satu akujanji untuk tidak ulangi lagi kenyataan tersebut,ā katanya dalam sidang akhbar, di ibu negara semalam.
Mengulas dengan lebih lanjut, Mohd. Haaziq menjelaskan bahawa Gerakbudaya dan Vinlin Press Sdn. Bhd. pula turut diberikan tempoh selama lapan hari dari tarikh yang sama untuk berbuat demikian.
Pada 14 September lalu, Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu telah pun mengeluarkan kenyataan yang menafikan sekeras-kerasnya pembabitan Sultanah Nur Zahirah sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Ia melibatkan dakwaan wanita Inggeris itu menerusi buku tersebut konon baginda ada peranan dalam sebarang urusan pentadbiran kerajaan dan secara khususnya penubuhan Terengganu Investment Authority. – Agensi