KUALA LUMPUR – Puluhan sebatian kimia dalam produk suplemen kesihatan berasaskan herba yang dihasilkan dan dijual di pasaran, tidak melalui ujian dan kelulusan Kementerian Kesihatan.
Difahamkan, penghasilan produk suplemen memerlukan pelbagai sebatian kimia yang mungkin juga mencecah ratusan jenis, namun tidak diuji secara langsung oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan kerana ia dianggap bahan semula jadi.
Meskipun ditakrif sebagai bahan kimia semula jadi, sebatian itu tidak semestinya selamat, malah mampu menjejaskan kesihatan pengguna apabila produk diambil oleh pengguna untuk jangka panjang. Sebagai contoh, salah satu sebatian kimia dalam produk suplemen adalah āfitoestrogenā, yang mempunyai sifat hormon wanita (estrogen).
Ia mungkin selamat jika diambil dalam kuantiti kecil, terkawal dan untuk jangka pendek, namun jika diambil bagi jangka panjang dan produk ada kuantiti āfitoestrogenā tinggi, ia berpotensi memberi rangsangan berlebihan kepada organ peranakan pengguna wanita.
Akibatnya, boleh mendatangkan pelbagai masalah, termasuk kepada kitaran haid, berisiko menyebabkan ketumbuhan dan paling membimbangkan adalah kanser jika diambil untuk jangka panjang oleh pengguna.
Uji kualiti keselamatan
BH difahamkan, ujian Kementerian Kesihatan terhadap produk suplemenhanya berkaitankualiti dan keselamatan produk, iaitu menguji kehadiran bahan asing atau pencemaran bahan tertentu.
Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar,Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor, mengakui perkara berkenaan. Beliau berkata, kementerian biasanya melakukan ujian berkaitan bahan pencemar atau bahan asing yang masuk secara sengaja atau tidak ke dalam produk, tetapi tidak menguji sebatian kimia asal yang ada dalam produk itu.
Katanya, kementerian akan menguji sifat fizikal, sterilisasi dan kehadiran bahan cemar, iaitu jumlah keseluruhan bakteria dan kulat, pencemaran bakteria seperti e-Coli, staph aureus, salmonella dan pseudomonas serta pencemaran logam seperti leadā, cadmiumā, arsenik dan merkuri, kandungan steroid atau bahan palsu pada produk. āJika bahan itu tidak dikesan atau dalam kuantiti rendah di bawah paras bahaya, kementerian akan memberi kelulusan untuk produk dipasarkan,ā katanya kepada BH.
Bagaimanapun, beliau berkata, produk yang diluluskan itu tidak semestinya selamat digunakan kerana sebatian kimia semula jadi tidak diuji oleh makmal kementerian berkenaan. āKesan sampingan oleh produk ini juga tidak dapat dikesan oleh kementerian kerana ia mungkin tersembunyi untuk jangka panjang,ā katanya.
Dr Mohd Rushdan yang juga Ahli Medical Mythbusters Malaysia berkata, produk suplemen seperti herba dan jamu boleh memudaratkan kerana ia tidak diuji secara kajian saintifik.
āMereka hanya tahu produk itu selamat atau tidak dengan melihat kesan ke atas pengguna, seolah-olah pengguna itu bahan uji kaji. āBayangkan jika pengeluar produk ini mencampur-adukkan pelbagai herba dan ramuan lain di dalamnya, kita tidak tahu jumlah keseluruhan sebatian kimia di dalam produk itu,ā katanya.
Kajian saintifik
Beliau yang aktif menulis isu kesihatan di laman Facebook berkata, kaedah terbaik untuk menguji keberkesanan dan keselamatan produk suplemen adalah melalui kajian saintifik yang dimulakan dengan kajian praklinikal.
āIa termasuk ke atas haiwan sehinggalah ke fasa tiga kajian klinikal yang dilakukan ke atas ramai manusia dan pesakit. Proses ini akan dapat menilai tahap keselamatan dan keberkesanan produk dengan lebih tepat, bukan sahaja kepada pesakit, malah kepada bayi dalam kandungan.
āKajian klinikal dilakukan terhadap ubat-ubatan moden dalam kategori ubatterkawal seperti untuk penyakit darah tinggi dan diebetes. āIa dapat menentukan kaedah pemberian ubat, dos selamat dan jangka masa ubat perlu diambil pesakit,ā katanya. – BH Online