Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah Zon Keselamatan...

Kerajaan Melaka Nafi Gerai...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka hari ini menafikan kawasan gerai Dataran 1Malaysia di...

Kerajaan Tampung Subsidi Harga...

PUTRAJAYA : Penetapan harga baharu runcit ayam pada harga RM8.90 sekilogram sebagaimana diputuskan...

10 Powerr SSP BSN...

SELANGOR - Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) kembali lagi dengan...

Suspek Bunuh Kucing Di Dobi Sering Dilihat

GOMBAK – Dua lelaki yang membunuh kucing bunting dengan memasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri di Taman Gombak Ria, di sini sering dilihat berada di sekitar kawasan berkenaan.

Pelanggan dobi itu, Akmal Faiz, 24, berkata kedua-dua suspek dipercayai tinggal berhampiran.

“Walaupun saya tidak suka kucing, namun saya tidak sanggup melakukan perkara itu kepada haiwan tersebut,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, pekerja dobi itu yang mahu dikenali sebagai Fyilia, 22, berkata kejadian berlaku pada kira-kira 12 tengah malam ketika ketiadaan pekerja bertugas dan pelanggan lain.

Tinjauan Bernama mendapati mesin pengering terbabit telah diletakkan notis tidak beroperasi sementara waktu ekoran kejadian tersebut.


Perilaku kejam itu turut menimbulkan kemarahan penduduk di sekitar taman ini, malah ramai yang mencari dua suspek berkenaan untuk dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof ketika dihubungi Bernama berkata polis kini masih giat mengesan kedua-dua suspek yang melakukan tindakan kejam itu.

“Dua lelaki itu masih belum ditahan,” katanya. – BERNAMA

Kategori