Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ustaz Ismail Kamus Meninggal...

KUALA LUMPUR - Pendakwah tanah air, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira...

Wanita Nyaris Maut Terperosok...

Ipoh - Seorang penunggang basikal nyaris maut akibat dirempuh sebuah lori ketika cuba...

Jangan Terlalu Sensitif Perkembangan...

MARAN - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menzahirkan rasa...

Shazelina Serah Watikah Pelantikan...

DAKAR – Republik Senegal, sebuah negara di Afrika Barat, berminat meluaskan kerjasama dengan...

Suu Kyi Pertahan Hukum Penjara Wartawan

PEMIMPIN Myanmar Aung San Suu Kyi mempertahankan hukuman penjara dua orang wartawan Reuters, ketika kecaman antarabangsa tercetus akibat hukuman itu.

Lapor media, beliau berkata Wa Line dan Kyaw Soe Oo melanggar undang-undang dan hukuman ke atas mereka tidak ada kena mengena dengan kebebasan menyatakan pandangan.

Kedua-dua wartawan itu dihukum atas kesalahan memiliki dokumen polis semasa menyiasat pembunuhan Muslim Rohingya.

Suu Kyi juga dilaporkan tindakan pihak tentera terhadap Rohingya mungkin boleh ditangani dengan cara berbeza.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu diasak untuk memberi ulasan terhadap apa yang berlaku terhadap Rohingya dan wartawan terbabit.

Minggu ini, badan hak asasi PBB mendakwa Myanmar “melancarkan perang terhadap wartawan.”

Suu Kyi mula bersuara tentang isu tersebut pada Khamis semasa menghadiri persidangan ekonomi antarabangsa di Vietnam.


Dalam satu ucapan, beliau berkata kes tersebut memastikan kedaulatan undang-undang terlaksana dan mengandaikan ramai pengkritik tidak membaca keputusan mahkamah dalam kes itu.

Katanya lagi, dua orang wartawan itu berhak merayu hukuman dan menunjukkan di mana penghakiman itu salah.”

Dua orang wartawan itu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada 3 September lalu, atas dakwaan mencabul rahsia negara semasa menyiasat pembunuhan beramai-ramai di sebuah kampung, Inn Din.

Dua orang wartawan warga Myanmar itu ditahan semasa membawa dokumen rasmi yang diserahkan kepada mereka oleh anggota polis di sebuah restoran.

Mereka mendakwa pihak polis memerangkap mereka, dakwaan yang disokong oleh saksi semasa perbicaraan. – Agensi/Mynewshub.tv

Kategori