PULAU PINANG – Seorang lelaki warga Myanmar terpaksa menahan kesakitan selepas tangan kirinya tersepit dalam bekas mesin pemotong daging.
Kejadian itu berlaku di Taman Lip Sin, Sungai Dua, di sini, tengah hari tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd. Shariff Md. Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira pukul 1.24 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk membantu menenangkannya dengan dibantu pembantu perubatan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya di sini, hari ini.
Katanya, bomba terpaksa menggunakan alat pemotong hidraulik untuk memotong mesin tersebut sebelum berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.
Difahamkan, mangsa bagaimanapun kini berada keadaan stabil. – UTUSAN ONLINE