Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Super Duper Talent! Idayu...

BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan juara Akademi Fantasia Megastar, Idayu Yaakob berjaya...

Gambar Separa ‘Naked’ Lisa...

GEMPAR baru-baru ini apabila gambar separuh naked pelakon cantik, Lisa Surihani tersebar di...

PM Najib Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Agong, Raja Pemaisuri Lawat...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat...

Tentera Rampas Barang Seludup Bernilai RM200,000

PASIR MAS – Batalion Ketiga Rejimen Sempadan (RS) merampas pelbagai barangan keperluan bernilai RM200,000 yang cuba diseludup ke negeri ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di sini.

Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Muhammad Huzaimi Sabri berkata rampasan tersebut diperoleh pihaknya bagi tempoh Ogos dan terkini pada awal pagi tadi​​ hasil Ops Merpati dan Wawasan di kawasan sempadan.

“Antara barangan rampasan itu ialah beras, minyak masak, petrol, ayam beku dan juga ketum,” katanya kepada pemberita di Pos Tok O, Rantau Panjang di sini, hari ini.

Muhammad Huzaimi berkata tiada tangkapan dibuat kerana penyeludup berjaya meloloskan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota tentera di kawasan terbabit.

Beliau berkata dalam operasi sama, pihaknya menahan tiga pedatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba menyeberangi Sungai Golok untuk masuk ke negeri ini.

“Aktiviti penyeludupan di sepanjang sempadan di negeri ini sedikit meningkat terutamanya pada musim perayaan berikutan barangan seludup mendapat pemintaan tinggi dari kalangan pengguna,” katanya.


Muhammad Huzaimi berkata bagi membanteras aktiviti tersebut, anggota tentera melakukan rondaan 24 jam di kawasan sempadan.

Beliau berkata pihaknya juga sentiasa bekerjasama dengan masyarakat setempat supaya mereka dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan kepada pihak berkuasa. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori