Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Asmidar Tak Kisah Terpaksa...

PENYANYI Asmidar memberitahu dia kini sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia...

Lahir Tanpa Otak, Budak...

SEORANG budak lelaki yang dilahirkan tanpa otak telah menunjukkan keajaiban dan mengejutkan dunia...

Anak Pengasas Huawei Ditahan

VANCOUVER, Kanada - Anak perempuan pengasas gergasi teknologi China, Huawei ditangkap di Kanada...

Lelaki Dipukul Hingga Mati...

SEREMBAN - Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemui mati dipercayai dipukul di sebuah...

Tergamak ‘Basuh’ Kucing Bunting!

SEMALAM viral di laman Facebook video pendek berdurasi dua minit 50 saat menunjukkan dua orang lelaki memasukkan kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering pakaian.

Kejadian kejam yang dipercayai berlaku di Taman Gombak Ria itu dimuat naik laman facebook Persatuan Haiwan Malaysia.

Di dalam video viral tersebut, kelihatan dua orang lelaki iaitu pelanggan pusat dobi berkenaan meletakkan kucing ke dalam mesin pengering sebelum memasukkan syiling. Lelaki tersebut kemudiannya berlalu pergi sambil membawa pakaian yang telah selesai dibasuh.

Laman tersebut walaubagaimanapun telah memadam video viral ini berikutan kekejaman luar biasa yang dilakukan terhadap haiwan.

Hasil penelitian CCTV mendapati memang terdapat tiga lelaki datang ke kedai dobi berkenaan untuk membasuh baju mereka.

Namun, dua daripadanya tiga lelaki itu kemudian bertindak memasukkan kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering dan membiarkannya.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika memberitahu pihaknya sudah membuat laporan polis pada 11 malam semalam. Selain itu, mereka turut melaporkan kejadian itu kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Veterinar Malaysia.


Berdasarkan maklumat diperoleh, dua lelaki berkenaan adalah rakyat tempatan dan dipercayai tinggal berdekatan berikutan kerap membasuh baju di situ.

Perbuatan dua lelaki itu memang cukup zalim dan berharap agar pelaku dijatuhi hukuman setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Menerusi Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof memaklumkan dua orang lelaki berkenaan adalah rakyat tempatan dan tinggal berdekatan pusat dobi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. – OhBulan.com

Kategori