KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gembira dan berterima kasih kepada ahli-ahli PKR Pulau Pinang yang memberi lebih undi kepadanya dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR menerusi pemilihan parti yang diadakan di negeri itu, kelmarin.
Mohamed Azmin menerima 3,326 undi berbanding Rafizi Ramli dengan 3,150 undi, sekali gus membolehkan beliau kini mendahului pesaingnya dengan hanya kelebihan 176 undi.
āTerima kasih Pulau Pinang,ā katanya melalui status dalam akaun Twitter beliau pagi ini.
Pemilihan PKR akan berakhir pada minggu pertama November ini, dengan hanya PKR Pulau Pinang sahaja yang sudah menyelesaikan pemilihan parti. – UTUSAN ONLINE