Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Total Lockdown Dan Aura...

HEBAT betul Istana Johor. Dengan cuma satu 'sounding' Kerajaan Persekutuan terpaksa akur melaksanakan...

China Hukum Pegawai Selepas...

BEIJING: Pegawai hospital di bandar Xi'an yang menyebabkan seorang wanita mengandung lapan bulan,...

Pakar Patologi, 5 Lelaki...

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan sabitan terhadap bekas pakar patologi Dr...

Seorang Lagi Mangsa Virus...

BAMAKO - Mangsa Ebola di Mali meningkat kepada lapan selepas seorang lagi mangsa...

‘Tersedar Kerana Lengan Pedih…’

KUALA LUMPUR – Seorang kerani bank melecur di lengan selepas tersentuh telefon pintarnya yang dipercayai terlebih cas di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi semalam.

Kejadian jam 4.20 pagi itu hampir menyebabkan kebakaran apabila tilamnya mulai terbakar, disyaki kesan suhu tinggi telefon pintar berkenaan.

Nur Filzah Abdul Rahman, 24, berkata telefon pintar yang dicas itu diletak di atas tilam.

“Saya mengecas telefon pintar sebelum tidur dan biasanya saya letakkan di lantai, namun malam itu saya letakkan di atas tilam sebelah kiri saya.

“Saya terjaga kira-kira jam 4.20 pagi apabila berasa panas di belakang badan. Ketika mengiring ke kiri, saya terkuis telefon dan lengan saya terasa pedih.


Lengan kiri Nur Filzah melecur selepas terkena telefon pintarnya yang dipercayai terlebih cas. – Foto Ihsan FB Nur Filzah
“Saya terus menghidupkan suis lampu dan sebaik keadaan terang, baru saya sedari bilik dipenuhi asap dan tilam saya berbara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Filzah berkata, tilam berkenaan disyaki terbakar akibat suhu panas telefon pintarnya.

Beliau dan rakan serumah bergegas mengambil sebaldi air dan dicurah ke atas tilam bagi mengelak kebakaran sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – BH Online

Kategori