Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

JC Baru Dengar Permohonan...

Permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas...

Semua Pengangkutan Awam Ke...

KUALA LUMPUR: Semua kelas perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam rentas sempadan antara Malaysia dan...

MH370: Waris Masih Tunggu...

KUALA LUMPUR - Waris penumpang Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 masih menunggu pengesahan...

Tips Untuk Dapatkan Tidur...

SALAM Aidilfitri diucapkan buat semua pembaca Mynewshub.Dalam kita bergembira menjamu selera dan bertemu...

Tiada Laporan MERS Membabitkan Jemaah Haji Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes wabak Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) setakat ini membabitkan jemaah haji Malaysia yang pulang ke tanah air bermula 29 Ogos lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun terdapat 27 kes Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) bagi MERS yang telah dinotifikasi, namun kesemua pesakit disahkan bebas daripada jangkitan melalui ujian makmal yang dijalankan.

“Susulan tamat musim haji tahun ini, KKM mengingatkan agar jemaah yang telah kembali ke Malaysia sentiasa memantau kesihatan sendiri. Sekiranya mengalami gejala jangkitan respiratori seperti kesukaran bernafas, demam, batuk, selesema dan sakit tekak, sila dapatkan rawatan dengan segera dan maklumkan sejarah perjalanan ke Tanah Suci,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat dua kes positif melibatkan jemaah umrah dari Johor dan Selangor pada April 2014 dan Disember 2017.

“Jemaah yang tidak sihat juga diingatkan agar menutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin, mengehadkan pergaulan serta memakai penutup hidung dan mulut bagi mencegah penularan jangkitan MERS,” katanya.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sejumlah 2,229 kes yang telah disahkan MERS termasuk 791 kematian dari 27 buah negara di seluruh dunia. – BERNAMA

Kategori