Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MH370: Pemeriksaan Teknikal Di...

PUTRAJAYA - Pemeriksaan teknikal akan dijalankan di bawah kerangka prosedur kehakiman dan siasatan...

Azalina Othman Kini Galas...

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman diumumkan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem...

Kebencian Terhadap Umat Islam...

KUALA LUMPUR - Tindakan berlandas kebencian terhadap orang Islam mencapai kadar mencemaskan di...

‘Southern Tigers By Legacy’...

JOHOR BAHRU - Richway International Sdn. Bhd menerusi Legacy Perfume menyasarkan penjualan wangian...

Tiga Pemuda Didakwa Curi Paip Bernilai RM50,000

MELAKA – Tiga pemuda masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan mencuri paip bernilai RM50,000 pada Isnin lepas.

Tertuduh B.Vimalan, 32 dan dua adik-beradik, SS. Mogan, 34 serta SS. Murugan, 26 didakwa bersama mencuri 220 paip HDPE (PN10) milik TP Jaya Sollution di Kawasan Perindustrian Balakong, Selangor.

Kesalahan itu dikesan apabila ketiga-tiganya ditahan di tepi Jalan MITC, berhampiran Taman Tasik Utama Ayer keroh, pada 4.00 hingga 8.00 pagi, 3 Sept lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 kanun keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.


Majistret Analia Kamaruddin kemudianya menawarkan tertuduh jaminan RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Okt untuk sebutan semula dan lantikan peguam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • curi

Kategori