Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Copa America: Messi Bantu...

HOUSTON - Lionel Messi muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Argentina selepas membantu...

Persatuan Dan NGO Babbitkan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu persatuan dan...

Lepas 5 Tahun Kahwin,...

Setelah perkahwinannya dengan aktor dan pengarah teater, Adlin Aman Ramli mencecah usia lima...

Lebih 100 Bank Di...

WASHINGTON - Serangan siber sofistikated global menyasarkan lebih 100 bank di 30 negara,...

Pegawai Skodeng Bawah Skirt Dipecat Serta-Merta

TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman memaklumkan telah memecat pegawai beliau yang didakwa merakam video di bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit dengan serta-merta.

Mohd Azis menyifatkan tersebut sebagai menjejaskan imej dan kredibiliti beliau sebagai timbalan menteri.

“Saya mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular dalam media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang bersama saya semasa pemeriksaan mata dijalankan.

“Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata tersebut dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Azis memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan menegaskan tiada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain yang bertugas dengannya.


Menerusi satu rakaman CCTV yang tular di media sosial, seorang wanita berumur 30 tahun dan bekerja sebagai juruoptik mendakwa pegawai khas berkenaan merakam video di bawah skirtnya menggunakan telefon bimbit di sebuah premis di Publika Solaris Duta Mas.

Wanita itu memberitahu, lelaki tersebut berbuat demikian ketika dia sedang menjalankan pemeriksaan mata terhadap Mohd Azis. – Utusan Online

Kategori