Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pokok Kolaborasi Mantap U-Wei,...

KUALA LUMPUR - ‘Karya yang bagus adalah sebuah karya yang berfikir’. Pesanan yang ditinggalkan...

TV AlHijrah Bersiaran 24...

SETELAH lima tahun dalam dunia penyiaran tanah air, stesen televisyen Islam Malaysia, TV...

Tekun Tawar Pinjaman Kepada...

SHAH ALAM - Tabung Ekonomi Usaha Niaga Nasional (Tekun) menawarkan pinjaman maksimum sehingga...

“Cinta Saya Pada UMNO...

BONGAWAN - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman membuat keputusan keluar UMNO...

Timbalan Speaker Terima Kunjungan 80 Pemimpin Muda

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini menerima kunjungan 80 pemimpin muda daripada Pertubuhan Presiden Muda (YPO) Malaysia bertujuan memberi pendedahan serta pengalaman mengenai fungsi dan peranan Parlimen.

Nga berkata kunjungan tersebut mampu meningkatkan minat rakyat terhadap institusi Parlimen.

“Ia merupakan usaha reformasi Parlimen yang sedang dijalankan dan diharap ia dapat membantu mempromosikan Parlimen serta meningkatkan imej dan integriti dewan yang mulia ini,” katanya kepada pemberita selepas program ‘Pembelajaran Organisasi Pemimpin Muda ke Parlimen Malaysia’, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan komited memastikan program seumpama itu akan diadakan pada masa hadapan dalam usaha mendekati masyarakat pelbagai peringkat.

Program tersebut diadakan buat julung kalinya bersempena ‘100 Hari Ke Arah Malaysia Baharu – Cabaran & Harapan’ oleh Parlimen.


Antara pengisian program berkenaan ialah lawatan ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara selain berpeluang menyertai simulasi perbahasan seperti dalam persidangan Dewan Rakyat.

Dalam kunjungan tersebut YPO turut memberi sumbangan RM25,000 kepada Perpustakaan Parlimen sebagai tanda sokongan kepada usaha anggota Parlimen yang sering mencari rujukan dan maklumat dalam penyelidikan mereka. – BERNAMA

Kategori