Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kucing Kesayangan Hilang, Fazura...

KUCING merupakan haiwan yang paling disukai oleh manusia dan golongan selebriti turut tidak...

Banjir: Usah Cetus Suasana...

KUANTAN - Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan laman sosial dengan menyebar gambar...

Sampul Angpau Unik SUPP...

KUCHING - Sokongan terhadap kepimpinan serta pembaharuan yang dibawa Ketua Menteri Sarawak Tan...

Makmal Proses Dadah RM2.2...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas...

Tindakan Dua Anggota Parlimen Mendukacitakan

SEREMBAN – Tindakan dua anggota Parlimen daripada UMNO yang mengumumkan keluar daripada parti itu amat mendukacitakan, kata Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kedua-dua mereka anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman merupakan tokoh yang disegani, berkebolehan dan terbukti keupayaan dalam memimpin serta berkhidmat.

“Jasa dan sumbang mereka kepada UMNO dan negara adalah sesuatu yang tidak dapat kita nafikan dan kita amat berterima kasih.

“Namun begitu, kini mereka memilih haluan berbeza dan memutuskan untuk meninggalkan UMNO. Saya yakin ini adalah satu keputusan yang tidak mudah kepada semua. Kepimpinan UMNO khususnya Majlis Kerja Tertinggi amat prihati dengan perkembangan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Mustapa yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubunga UMNO Kelatan mengumumkan keluar parti manakala Anifah yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis berbuat demikian hari ini.

Mohamad turut mengakui sejak empat bulan lepas, proses membaikpulih dan menetapkan haluan yang jelas untuk parti berjalan dengan perlahan dan tidak radikal seperti yang diharapkan semua pihak.


“Perkara ini akan diberikan perhatian dan penekanan yang serius selepas ini demi memastikan UMNO tidak kelihatan sebagai parti tanpa haluan atau tersasar dari landasan perjuangannya. Saya percaya wujud keperluan mendesak untuk agenda pemulihan.

“Saya berharap agar semua anggota dan kepimpinan UMNO terus memberi sokongan penuh kepada parti,” katanya. – BERNAMA

Kategori