Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Ditembak Di Takbai...

TAKBAI – Seorang rakyat Malaysia maut dipercayai akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan...

Kerja Didik Masyarakat Benci...

BAGAN SERAI - Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) berobjektif membudayakan dan mendidik masyarakat...

Dua Pelajar KKTM Lemas...

Dua Pelajar KKTM Lemas Selepas Terjun Dari Kawasan Berbatu

AS Negara Ke-23 Sahkan...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani dokumen ratifikasi bagi kemasukan...

Tindakan Terhadap Perokok Yang Lakukan Kesalahan

SEREMBAN — Seramai 1,614 perokok dikenakan notis tindakan kerana merokok di tempat awam di Negeri Sembilan sejak awal tahun ini sehingga kini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan S. Veerapan.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 730 orang membayar kompaun sebanyak RM403,500 kerana melanggar Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 manakala 884 kes lagi akan dihadapkan ke mahkamah bagi pendakwaan.

Dalam satu kenyatan hari ini beliau berkata sebanyak 38 notis dikeluarkan terhadap kesalahan merokok di premis kerajaan manakala 1,576 notis dikeluarkan terhadap mereka yang melakukan kesalahan merokok di kawasan larangan dan bukan premis kerajaan.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan akan terus memantau perbuatan mereka yang melanggar peraturan larangan merokok di tempat awam seperti yang digariskan dalam PPKHT 2004. – BERNAMA

Kategori