Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banjir: KP1M Agih 20...

GEORGE TOWN - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) hari ini mengagihkan 20 kontena pelbagai...

UUM Serah Polis Isu...

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat...

Dewan Rakyat: Gobind, Lip...

KUALA LUMPUR - Hanya beberapa jam sebaik bermulanya hari pertama sidang Dewan Rakyat,...

Akta Berita Palsu Pastikan...

KUALA LUMPUR – Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan melindungi...

TPM Sedih Kes Gangguan Seksual Kerap Berlaku Terhadap Anak Istimewa

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa sedih terhadap kes gangguan seksual yang kerap berlaku terhadap anak-anak istimewa pada masa ini.

Beliau berkata hampir setiap hari ada sahaja berita mengenai kes itu yang kini dilihat seakan-akan menjadi trend dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

“Saya rasa gundah-gulana kerana lihat trend menjadi menggila dan berleluasa, hari-hari ada masalah ini yang melanda negara kita. Mengapakan penjenayah seksual ini bertindak sedemikian? Adakah disebabkan penyakit?

“Justeru, kita mesti menjaga mereka (anak-anak istimewa) setiap masa, jaga persekitaran…jika kita lihat ada sesuatu yang tidak kena dan jika kita lihat anak-anak itu beri reaksi berlainan, kita mesti beri amaran kepada mereka yang menjaganya,” katanya ketika berucap pada program Sayangi Anak-anak Istimewa di bawah Naungan Merdeka di sini, hari ini.

Turut hadir anggota Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, anggota Exco kerajaan negeri Selangor Izham Hashim dan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang juga pengarah program itu, Halimey Abu Bakar.

Sementara itu, timbalan perdana menteri berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan seperti fakir, miskin, anak istimewa, anak yatim serta ibu tunggal dan apabila ingin membantu mereka secara ekonomi, kerajaan harus melakukannya dengan cara yang baik dan mendidik.

Menurut beliau, walaupun memberi wang derma kepada orang yang memerlukan tidak ada salahnya, namun ia akan menjadi lebih baik lagi jika mereka diberikan sesuatu yang berguna supaya boleh mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

“Seperti kata bidalan ‘Beri dia ikan, anda hanya akan memberinya makan untuk sehari, tetapi ajari dia memancing dan anda memberinya makan untuk selamanya. Itu intinya, ajari dia memancing, bukan memberi ikan. Bolehkah anda semua memahaminya?

“Justeru, pihak kerajaan akan berusaha memulihkan ekonomi negara, dan pada masa yang sama, kita akan mempergiat usaha untuk menolong fakir miskin dan golongan yang susah,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyeru masyarakat yang mempunyai anak-anak istimewa supaya mendaftarkan mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memperoleh kad Orang Kurang Upaya (OKU).


Katanya, pendaftaran itu akan dapat membantu kerajaan mengetahui bilangan OKU yang ada dalam usaha membantu perancangan perkhidmatan dan kemudahan yang sesuai untuk golongan istimewa itu.

“Borang pendaftaran boleh diperoleh melalui laman sesawang JKM atau di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan. Kad OKU ini juga memberi ruang dan peluang kepada OKU untuk menikmati kemudahan seperti bantuan bulanan elaun pekerja cacat, diskaun bagi tambang pengangkutan awam dan pengecualian 100 peratus duti eksais ke atas kenderaan cacat fizikal.

“Kerajaan juga membantu meringankan beban OKU menerusi pemberian bantuan alat tiruan dan alatan sokongan yang bertujuan membantu OKU berdaftar dan mempunyai kad OKU yang kurang kemampuan untuk membeli alat tiruan atau alat sokongan seperti kaki palsu, tongkat ketiak dan alat pendengaran yang disyorkan oleh pegawai perubatan,” katanya.

Selain pendaftaran untuk kad OKU, Dr Wan Azizah berkata kementerian menerusi JKM turut menawarkan perkhidmatan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang bertujuan mewujudkan platform untuk OKU mempelajari kemahiran, memperluaskan jaringan sosial dan memberi peluang ibu bapa untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan diri anak-anak mereka.

Jelas timbalan perdana menteri, masyarakat pada masa sama boleh turut membantu dengan melibatkan diri dalam program PDK di kawasan masing-masing.

“PDK juga berperanan sebagai One-Stop Centre yang menjadi pusat advokasi, pendaftaran OKU, pusat rujukan dan sumber maklumat OKU serta pusat intervensi awal OKU dan semua kategori OKU yang berdaftar dengan JKM boleh menyertai program di PDK ini,” katanya.

Terdahulu pada program itu, Dr Wan Azizah turut meraikan pesakit cerebral palsy (kelumpuhan otak) adik Nur Wadihan Wira Sudepja, 10, yang dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records kerana mencipta rekod sebagai peserta kurang upaya berjaya menamatkan Kerian Incredible Dualthon 2018 pada 26 ogos lepas. – BERNAMA

Kategori