Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Di Mahkamah Untuk...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

Warga Emas OKU Rentung...

SHAH ALAM - Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) rentung...

Christoph R. Mueller Tokoh...

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Rekod prestasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat...

MESEJ Beri Manfaat 2,500...

KOTA KINABALU- Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan menerusi inisiatif kerajaan Sabah...

TPM Singapura Menghadap TYT Sabah Di Istana Negeri

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean tiba di Istana Negeri di sini untuk menghadap Yang DiPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Teo bersama isteri, Chew Poh Yim tiba di istana pada 10 pagi dengan disambut Setiausaha Sulit kepada Yang DiPertua Negeri Abinan Asli.

Pertemuan hampir sejam itu diadakan sempena lawatan kerja tiga hari Teo ke negeri di bawah bayu yang bermula pada Jumaat.

Pada sebelah petang hari ini, Teo dijadual melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar sebelum berlepas pulang ke Singapura pada Ahad, 9 Sept.

Semalam, Teo telah menghadiri taklimat berhubung industri pelancongan di Sabah di sebuah hotel di sini. – BERNAMA

Kategori