Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Perkim Perlis Anggar Belanja...

KANGAR - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis menganggarkan lebih RM1.4 juta akan...

Jika Janji Dilanggar Johor...

DALAM situasi meruncing antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kebudayaan...

7 Lagi Kluster Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu yang...

Caj Perubatan Hospital Swasta...

KUALA LUMPUR - Kadar caj perubatan di hospital swasta kini semakin tinggi sehingga...

Trump Ugut Mahu Kenakan Tarif Semua Barangan Import China

FARGO, Amerika Syarikat (AS) – Presiden AS, Donald Trump kelmarin mengancam akan mengenakan tarif ke atas kesemua barangan import China ke negara itu.

Tindakan itu kelihatan mengeruhkan lagi hubu­ngan dagangan dengan Beijing yang sememang­nya tegang sebelum ini.

Sebelum ini, AS me­ngumumkan tindakan mengenakan tarif ‘hukuman’ ke atas barangan China sedia ada berjumlah AS$50 bilion (RM207 bi­lion), manakala tarif tambahan sebanyak AS$200 bilion (RM830 bilion).

Pelaksanaan tarif itu dikatakan akan dikuatkuasakan secepat mungkin.

Trump semasa bercakap kepada wartawan di sini, berkata, terdapat tambahan tarif lain sebanyak AS$267 bilion (RM1.1 trilion) yang boleh dikenakan dalam notis singkat jika beliau mahu.

Ia akan merangkumi kesemua barangan import dari negara ekonomi ke­dua terbesar di dunia itu.


Kata-kata Trump itu bertentangan dengan ke­nyataan penasihat ekonomi atasannya, Larry Kudlow bahawa perbincangan dengan Beijing akan diteruskan untuk meredakan konflik.

“Ketika ini, China adalah satu masalah jauh lebih besar. Saya bertegas dengan China kerana saya perlu berbuat demikian,” kata Trump. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori