Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiada Maklumat Jumlah Perisik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak...

Azwan Ali Tolak Hadiri...

PATUTLAH rasa dah lama tak nampak kelibat tubuh selebriti popular Azwan Ali atau...

9 Termasuk 6 Polis...

KAHERAH - Sembilan orang termasuk enam anggota terbunuh dekat kawasan piramid apabila bom...

#TangkapMO1: 20 Lagi Peserta...

PENGANJUR himpunan #TangkapMO1 nampaknya tidak senang 'duduk' selepas seorang demi seorang dipanggil polis bagi...

Tukang Masak Mati Dalam Bilik Hotel

KUCHING – Mayat seorang tukang masak ditemui di dalam sebuah bilik hotel terkemuka di bandaraya ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ng Ah Lek berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun itu dijumpai oleh sepupunya dan pekerja hotel itu yang membuat pemeriksaan pada pukul 12.30 malam tadi.

“Berdasarkan laporan, mangsa gagal dihubungi oleh sepupunya yang kemudian meminta bantuan pihak hotel membuat pemeriksaan ke bilik mangsa.

“Ketika pintu bilik dibuka, mangsa didapati terbaring tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Ng berkata, mangsa yang berasal dari Dalat Sarawak disyaki sakit berdasarkan penemuan beberapa jenis ubat-ubatan di atas meja bilik tersebut.

“Semakan CCTV juga mendapati kali terakhir mangsa masuk ke bilik adalah pada pukul 2.45 pagi pada 17 September lalu, selepas itu tiada lagi sebarang pergerakan keluar dari bilik itu sehingga mayat mangsa ditemui ,”katanya.


Beliau berkata mayat di bawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori