Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Disangka Pak Belang Berkeliaran,...

PENDUDUK di wilayah Zhejiang, China gempar apabila terlihat kelibat seekor haiwan ganas menyerupai...

Tuduhan Berniat Jahat, DAP...

SHAH ALAM - Tindakan pemimpin DAP yang menuduh dua timbalan menteri melakukan buli...

Tidak Perlu Tutup Pintu...

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan bagi negara menutup pintu sempadan antarabangsa termasuk menguatkuasakan...

Microsoft Umum Pelaburan RM10.5...

KUALA LUMPUR : Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan...

Udang Galah Kian Galak Musim Hujan

ALOR GAJAH – Hujan lebat di sekitar kawasan Masjid Tanah sejak tiga hari lalu menyebabkan nelayan di Sungai Ramuan Cina, Lubok Cina, di sini, mendapat rezeki lebih apabila tangkapan udang galah semakin meningkat.

Air sungai yang naik melebihi paras biasa membolehkan udang galah ‘bermain’ di bahagian hampir permukaan sungai, selain berkumpul di celah akar pokok di tebing sungai.

Nelayan, Zainal Md Ali, 65, berkata dia bersyukur kerana hasil tangkapan udang galah dengan kaedah menjala sejak 30 tahun lalu meningkat berikutan kenaikan paras sungai.

“Alhamdulillah, selalunya saya hanya dapat satu kilogram (kg) udang galah selepas menjala dari pagi hingga petang, tetapi sejak tiga hari lalu, saya boleh dapat tiga hingga empat kg.

“Kebanyakan nelayan sungai meraih rezeki yang lebih apabila musim hujan lebat kerana udang dari hulu sungai turun ke hilir di Kuala Linggi, sekali gus memberi peluang kepada kami untuk menangkapnya,” katanya ketika ditemui menjual udang galah di Kampung Lubok Cina, hari ini.

Zainal berkata, walaupun penawaran udang galah meningkat, harganya tidak turun kerana hidupan sungai itu bukanlah mudah untuk diperoleh, sebaliknya harga kekal pada RM60 sekilogram.


Katanya, jika tiada hujan, udang galah lazimnya semakin sukar di tangkap sama ada dengan kaedah menjala atau memancing berikutan penurunan paras sungai yang menyebabkan haiwan sungai itu lebih gemar bersembunyi di dalam habitatnya.

“Pada musim hujan inilah nelayan sungai ingin mendapatkan wang lebih untuk belanja keluarga masing-masing, tetapi kami tetap dengan cara tradisional iaitu menjala dan memancing, tidak sama sekali menggunakan racun tuba.

“Saya minta orang ramai supaya memahami keadaan nelayan sungai yang terpaksa menaikkan harga kepada RM70 sekilogram pada musim kemarau,” katanya. – BH Online

Kategori