Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

3 Cedera Serangan Roket...

BAGHDAD : Tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak, cedera dalam serangan roket di Zon...

Seksa Penjara, Ameng Habiskan...

MENJALANI hukuman selama beberapa tahun di dalam penjara bukanlah perkara yang mudah untuk...

Taman Hidupan Liar Lok...

KOTA KINABALU - Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini perlu dipindahkan ke lokasi lain berikutan ruangnya yang terhad,...

2 Beranak Rentung Dalam...

MUKAH - Dua beranak rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Sekaan...

Ugut Bunuh Abang Ipar, Kelindan Lori Didenda RM4,000

PETALING JAYA – Seorang kelindan lori didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut bunuh abang iparnya, Jun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Vikneswaran, 26, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentararan terhadap G. Saravanan, 36, dengan berkata ingin membunuh Saravanan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Lai Kong, Jalan PJS8, di sini, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Viknesawaran yang diwakili peguam Suayri Ayappan merayu hukuman berbentuk denda minimum atas alasan mangsa dalam kes ini mempunyai kecenderungan untuk memukul isteri dan ibunya kerana mabuk.

“Beberapa laporan polis mengenai mangsa juga telah dibuat, oleh itu saya mohon pertimbangan mahkamah,” katanya.


Mengikut fakta kes, tertuduh telah mengugut mangsa di sebuah restoran dan ketika melakukan ugutan, tertuduh telah mengeluarkan kata-kata “You sudah pukul mak saya, apa cara pun saya akan kasi potong sama you”.

Mangsa yang ketakutan telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori