PUTRAJAYA – Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) yang melibatkan 220,076 calon akan diadakan bermula esok hingga Khamis ini.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata UPKK pada tahun ini akan diadakan di 5,904 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
“Ujian ini dilaksanakan untuk kanak-kanak Islam yang berada pada Tahun 5 Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), bertujuan mengukur dan menilai tahap penguasaan kanak-kanak tersebut dalam menghayati al-Quran dan Fardu Ain.
“Selamat menduduki UPKK 2018,” katanya. – BERNAMA