JOHOR BAHRU – UMNO meminta kerajaan negeri Johor menyatakan pendiriannya dengan jelas berkaitan isu Forest City.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata ini kerana terdapat pencanggahan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan berhubung isu pemilikan asing di Forest City.
Beliau berkata selain itu kerajaan negeri juga diharap dapat menyatakan strategi mereka dalam memastikan pembangunan hartanah Forest City akan turut dinikmati dengan adil dan jelas oleh rakyat Johor dan Malaysia, khususnya mereka yang tinggal di kawasan sekeliling.
Hasni dalam satu kenyataan mahu kerajaan negeri menyatakan juga pelan mereka bagi memastikan orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan untuk bersama-sama merebut peluang dan mempunyai pemilikan di Forest City. – BERNAMA