Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sepanyol Bantu Vietnam Bangunkan...

BANDARAYA HO CHI MINH - Kerajaan Sepanyol telah berjanji untuk menyalurkan bantuan kewangan...

Setiausaha Politik Salahuddin Dibebaskan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan Setiausaha Politik kepada Menteri...

Sah! Maszlee Bukan Lagi...

KLUANG - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada Ahad mengesahkan yang beliau sudah...

Pelajar Pedofil Malaysia: Biodata...

PELAJAR genius matematik Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin,23, sememangnya mempunyai butir-butir peribadi yang...

UMNO Pahang Kemuka Usul Pulihkan Kembali Parti

MARAN – Badan Perhubungan UMNO Pahang akan membentangkan beberapa usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 termasuk berhubung cara meraih dan memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap parti berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata walaupun mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, semua anggota dan pemimpin parti itu tidak seharusnya berputus asa.

“UMNO perlu cari jalan bagaimana untuk kembalikan keyakinan rakyat. Masih ramai percaya kepada perjuangan UMNO.

“Jadi seharusnya sebagai pemimpin dan anggota parti, kita teruskan perjuangan yang dilakukan selama ini dan beri perkhidmatan terbaik khususnya di kawasan dimenangi termasuk di Pahang,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Pemimpin Maran di Dewan UMNO, Pekan Tajau di sini hari ini, sempena lawatan kerjanya ke daerah tersebut hari ini.

Majlis turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri serta beberapa anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang (Exco).

Turut menjadi tumpuan kehadiran dua wakil rakyat PAS, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Mohd Sofian Abd Jalil dan ADUN Chenor, Mujibur Rahman Ishak.


Mengulas mengenai perkara itu Wan Rosdy berkata UMNO Pahang sentiasa bersedia bekerjasama dengan pemimpin PAS di negeri ini, dalam sebarang bentuk yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerjasama ini subjektif, kehadiran mereka pada majlis saya pun sudah dikira satu kerjasama, begitu juga jika kita hadir pada kenduri mereka.

“Sekiranya sesuatu usaha dilakukan itu memberi kebaikan kepada rakyat, kita akan bantulah (bekerjasama) dan mereka pun begitu juga,” katanya.

Beliau berkata wakil rakyat PAS di Pahang banyak memberi pandangan ​​​​bernas yang boleh dipertimbangkan kerajaan negeri semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dua bulan lepas, dan bukannya menjadi pembangkang yang membantah membuta tuli. – BERNAMA

Kategori