Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hilang Pekerjaan Bersyukur Dibantu...

KENINGAU - Boniface Clemen, 29, dari Kampung Tondulu, Tambunan mempunyai sebab tersendiri untuk...

Cinta Malang Sepasang Pencuri,...

KISAH percintaan yang diakhiri dengan satu lamaran indah pastinya akan membuatkan seorang wanita...

Budak Maut Disambar Petir...

Malang menimpa seorang budak perempuan berusia 11 tahun apabila dia terbunuh selepas disambar...

Banjir Di Negeri Terjejas...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak dilaporkan beransur...

Umno Tentukan Status Bertanding PRK Port Dickson Esok

KUALA LUMPUR — UMNO akan bermesyuarat esok untuk menentukan sama ada akan bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, kata Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Kita akan tentukan hal itu esok,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Sementara itu, satu sumber UMNO yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mesyuarat Biro Politik itu akan dipengerusikan sendiri Ahmad Zahid Hamidi bagi membuat keputusan penting berhubung PRK itu.

“UMNO dan MIC perlu mendapatkan persetujuan siapa yang akan bertanding,” kata sumber itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini dengan penamaan calon pada 29 Sept selain tempoh berkempen berlangsung selama 14 hari.


Pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 Sept membolehkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14 9 Mei lepas, Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan dari PAS. — BERNAMA

Kategori