Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kisah Di Sebalik Tangisan...

Anugerah Juara Lagu pada tahun ini dijangkakan mencatat persaingan sengit. Lihat sahaja barisan...

Perpustakaan Di AS Ini...

WOW! Selain buku, kini tali leher pun dah boleh dipinjam di perpustakaan.Sebuah perpustakaan...

Anis Akui Rindukan Privasi...

ANIS Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus mengakui dia kini...

Kes Keracunan MCKK: Keputusan...

IPOH - Keputusan ujian makmal ke atas sampel yang diambil daripada pengendali makanan...

UMNO Tolak Syor Lantik Najib Ketua Umum

KUALA LUMPUR – UMNO menolak cadangan untuk melantik bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Ketua Umum parti itu.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa, berkata cadangan itu tidak relevan dan bertentangan dengan perlembagaan parti.

“Cadangan itu tidak boleh dilaksanakan, tidak relevan dan tidak terdapat dalam perlembagaan parti,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan pemimpin Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di Menara Dato Onn, hari ini.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, mencadangkan Najib dilantik sebagai Ketua Umum UMNO serta merta.

Jamal berkata, menerusi jawatan itu yang turut ada dalam PKR, Najib mungkin mempunyai kaedah untuk membela parti secara lebih berkesan.

Sementara itu, Annuar berkata UMNO akan melakukan proses pemutihan keahliannya selepas Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini berakhir.

Katanya, ia bertujuan membersihkan UMNO daripada senarai ahli yang meragukan susulan perubahan landskap politik negara ketika ini.


“Pemutihan ahli ini perlu kerana berlaku perubahan dinamik keahlian UMNO dan terdapat ahli yang meragukan.

“Kali terakhir pemutihan dilakukan beberapa tahun lalu. Kita dapati banyak senarai ahli yang sudah meninggal dunia dan berhijrah ke parti lain.

“Program pemutihan akan dilakukan sebaik perhimpunan agung parti selesai. Ibu pejabat UMNO akan mengeluarkan garis panduan bagaimana kaedah dan proses pemutihan dilakukan .

“Ada tiga bulan untuk kita memurnikan senarai ahli kita yang berjumlah 3.6 juta ketika ini,” katanya. – BH Online

Kategori