Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Landa Laut...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda...

Azizan Osman Hampir Maut,...

KUALA LUMPUR - Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman pada Khamis mengesahkan...

29 Maut, 70 Cedera...

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 29 maut dan 70 lagi cedera dalam letupan di...

Majikan Kepada 171 Pekerja...

Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor...

UMP Lancar Portal Komuniti ADAM

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini, melancarkan portal komuniti Aku Darah Anak Malaysia (ADAM) bagi menyemai semangat patriotisme masyarakat menerusi bantuan teknologi.

Naib Canselornya Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata portal komuniti ADAM itu mempunyai 40 modul berkaitan perpaduan dan peradaban yang sesuai digunakan dalam pendidikan awal persekolahan.

Katanya, usaha UMP membangunkan portal itu mendapat kerjasama daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BPTN) dan penubuhannya selaras dengan peradaran zaman yang memerlukan kita memahami bentuk dan jenis program yang sesuai dengan golongan masa kini bagi menarik minat mereka.

“Ia juga dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab universiti selain selari dengan Pelan Strategik UMP 2016-2020 iaitu Memasyarakatkan Teknologi,” katanya pada Majlis Penutup Festival ADAM sempena Sambutan Bulan Kebangsaan UMP 2018 di Kampus UMP Gambang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor UMP (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Dr Mashitah Mohd Yusoff dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Daing Nasir berkata UMP juga menganjurkan Festival ADAM sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018 untuk merancakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. – BERNAMA

Kategori