Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tambah Baik Usaha Tangani...

KOTA KINABALU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah baik setiap prosedur dan...

Tiga Mati Dalam MPV...

BATU PAHAT : Tiga individu yang ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV)...

Kereta Mewah Didakwa Milik...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa apabila 27 buah kereta mewah...

Punggung Budak Tahun 1...

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun mendakwa dirotan guru tuisyen hingga melecur di bahagian punggung...

UPSR Bukan Suatu Peperiksaan – Lembaga Peperiksaan

PUTRAJAYA – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan suatu peperiksaan pada peringkat persijilan sebaliknya ia merupakan satu titik pengukur menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan di peringkat sekolah rendah, kata Lembaga Peperiksaan.

Justeru, Lembaga Peperiksaan berkata Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan dan tidak menjadikan UPSR sebagai penilaian yang berprestasi tinggi sehingga memberikan tekanan kepada murid, pihak sekolah dan ibu bapa.

“Fokus utama Kementerian Pendidikan terhadap UPSR adalah untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah.

“Sehubungan dengan itu, liputan media secara besar-besaran dikhuatiri akan menyebabkan hasrat kementerian tidak dapat dicapai,” katanya.

Kenyataan itu juga menyaran pihak media dapat membantu Kementerian Pendidikan dengan menyampaikan maklumat tentang tujuan dan tarikh-tarikh penting sesuatu peperiksaan dilaksanakan termasuklah memberi kefahaman tentang sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan.


“Tiada majlis sidang media bagi pengumuman keputusan UPSR pada tahun ini,” katanya.

Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara yang berlangsung pada 20 dan 24 hingga 27 Sept. – BERNAMA

Kategori