Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mohon Peruntukan Gerak Pusat...

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri Melaka memohon peruntukan khas dalam Bajet 2018 bagi...

Pegawai Mat Sabu Dapat...

KANTOI... Seorang pegawai kanan kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dikatakan hidup selesa setelah...

Tawar Khidmat Seks Kepada...

KUALA LUMPUR - Seorang Instafamous yang dikenali sebagai “Papaicici” dijatuhi hukuman denda RM3,000...

Dua Beradik Di Manjung...

IPOH - Dua beradik dari Manjung disyaki dijangkiti difteria selepas mengalami simptom demam,...

Usah Persoal Tanggungjawab Menangkan Anwar

SEPANG – Setiap anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahu tanggungjawab masing-masing untuk memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson walaupun terdapat perdebatan dalam parti itu mengenai pilihan raya itu diadakan, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

“Tanggungjawab itu tidak ada sesiapa boleh persoalkan kerana semua daripada kita tahu peranan sendiri dan harus bekerja keras untuk melaksanakannya,” katanya yang juga Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengenai komitmen Selangor menggerakkan jentera pada PRK itu nanti.

Amirudin dalam pada itu berharap ‘pihak yang menetapkan’ keputusan tersebut telah membuat kajian terperinci sebelum memutuskan Anwar bertanding di kerusi berkenaan kerana berdasarkan keputusan pilihan raya sebelum ini, Port Dickson bukanlah merupakan kawasan yang begitu selamat.

Amirudin berkata mengambil kira pandangan semua pihak dalam membuat sesuatu keputusan bukan suatu perkara yang boleh dianggap remeh.

“Ia bukan perkara remeh dan hal ini harus dijadikan sebagai pedoman di masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Sepang di sini hari ini.

Mesyuarat julung kali diadakan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam itu dibuat sempena program turun padang menteri besar ke daerah Sepang hari ini.


Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada Rabu mengumumkan mengosongkan kerusi yang disandangnya untuk ditandingi Anwar bagi membawa Presiden PKR itu ke Parlimen sebelum diangkat sebagai Perdana Menteri ke lapan kelak.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Danyal Balagopal menjadi wakil tunggal PKR yang memenangi kerusi Parlimen di Negeri Sembilan selepas menewaskan calon PAS dan Barisan Nasional dengan majoriti 17,710. – BERNAMA

Kategori