Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ajak Seks Jika Tak...

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang wanita mengalami pengalaman ngeri apabila bukan sahaja ditipu...

“Cico Bukan Pekak Atau...

NAMA primadona era 70-an Uji Rashid tiba-tiba menjadi sebutan ramai selepas insiden dirinya...

Kanak-Kanak Kembar Siam Berkaki...

BRAZIL – Kanak-kanak kembar siam yang mempunyai tiga kaki, bakal dipisahkan dalam satu...

Remaja Bunuh Diri Selepas...

SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun membunuh diri menggunakan senapang milik bapanya selepas...

Vietnam Mahu Warganya Henti Makan Anjing

PIHAK berkuasa Vietnam menggesa warga ibu negaranya Hanoi supaya menghentikan amalan makan daging anjing, sebagai usaha memelihara imej sebagai sebuah “kota bertamadun dan moden” dan menghalang penularan penyakit seperti anjing gila.

Lebih daripada 1,000 buah kedai di Hanoi menawakan menu daging anjing dan kucing, tetapi pihak kerajaan bimbang imejnya di mata pelancong akan terjejas, lapor saluran berita Singapura Channel News Asia.

“Perdagangan, penyembelihan dan pemakanan daging anjing dan kucing telah mengundang reaksi negatif pelancong dan warga asing yang tinggal di Hanoi,” kata Jawatankuasa Warga Hanoi pada Selasa.

Amalan makan daging anjing dan kucing ini semakin tidak popular tetapi masih berleluasa di Hanoi.

Ada yang menentang gesaan kerajaan ini kerana dianggap menyekat kebebasan, tetapi mencadangkan cukai yang tinggi dikenakan supaya amalan ini beransur ditinggalkan.

Kerajaan negara itu juga memberi amaran penyebaran wabak anjing gila dan penyakit bawaan binatang lain. Menurut Associated Press, langkah ini ialah sebahagian program kebangsaan untuk menghapuskan penyakit anjing gila menjelang tahun 2021.


Setakat ini tiga orang sudah mati akibat penyakit itu di Hanoi pada tahun ini dan dua lagi disahkan dijangkiti, menurut perangkaan rasmi.

Jawatankuasa itu juga menggesa orang ramai mengelakkan daging kucing, yang kurang popular berbanding anjing tetapi juga boleh didapati, lapor CNA.

Kebanyakan haiwan yang dijadikan makanan dibunuh dengan kejam dan pihak berkuasa tempatan berharap amalan ini dapat dihapuskan. – Agensi

Kategori