Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mekanik Kena ‘Belasah’ Memandu...

JOHOR BAHRU – Seorang mekanik berdepan situasi cemas apabila dia dipukul tiga lelaki...

34 GRO Rakyat Asing...

GEORGE TOWN - Sebanyak 34 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan...

Caj Kepada Ibu Setiap...

APA punya anak, begitu berkira dan kedekut hinggakan dia mengenakan bayaran lebih RM1,000 kepada...

Selepas 3 Tahun, Neelofa...

PENGACARA dan pelakon terkenal Neelofa kini berjaya mematerikan namanya sebagai Queen of Social...

Wan Azizah Tegaskan Tidak Sokong Perkahwinan Bawah Umur

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kenyataannya berhubung perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun baru-baru ini tidak bermakna menyokong perkahwinan bawah umur.

Sambil menegaskan kepentingan kanak-kanak perlu menjadi keutamaan pada setiap masa, beliau berkata perkahwinan tidak harus digunakan sebagai jalan keluar daripada kepompong kemiskinan.

Beliau berkata kenyataannya berkaitan isu perkahwinan kanak-kanak dengan duda berumur 44 tahun di Kelantan itu dibuat berdasarkan laporan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat bahawa ia telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rendah Syariah Tumpat dan sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), saya menegaskan kembali bahawa kita akan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan isu itu bersama pihak berkepentingan berkaitan pada 13 September lepas yang antara lain memutuskan KPWKM akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyediakan kertas kerja bagi menaikkan had umur perkahwinan bagi orang Islam sebelum dibentangkan dalam mesyuarat menteri besar dan ketua menteri untuk mendapatkan sokongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Wan Azizah berkata satu kertas Kabinet turut akan disediakan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi bukan Islam kepada 18 tahun.

Timbalan Perdana Menteri berkata ketua-ketua adat juga akan diberikan maklumat berkaitan kesan-kesan negatif perkahwinan bawah umur terhadap kesihatan dan keselamatan kanak-kanak selain pendedahan mengapa had umur minimum dititikberatkan.

Beliau berkata KPWKM dan Jabatan Kehakiman Syariah akan bekerjasama menggubal garis panduan yang lebih ketat dan menyeluruh bagi proses meluluskan perkahwinan kanak-kanak oleh Mahkamah Syariah di mana antara perkara yang diberi tumpuan ialah faktor risiko kehamilan dan kelahiran di usia muda.


Dr Wan Azizah berkata beliau telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Liew Vui Keong untuk menyemak kelompongan dan ketidakseragaman di antara undangundang Syariah dan Sivil berkaitan perkahwinan kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk menyemak undang-undang sedia ada bagi memastikan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak terpelihara dalam apa jua keadaan.

Katanya pindaan undang-undang hanyalah sebahagian daripada usaha yang akan dilaksanakan, namun pendekatan menyeluruh harus diambil merangkumi soal pendidikan, jaringan sosial, pembasmian kemiskinan dan sistem sokongan bagi kanak-kanak.

Perlindungan dan hak kanak-kanak adalah kepentingan utama bagi saya dan saya tidak akan sesekali berkompromi berkaitan hal ini, katanya. – BERNAMA

Kategori