Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video Lawak.. Reaksi Rasa...

Gaya pemakanan di Barat sudah tentu berbeza dengan di Asia ye dak?Lebih-lebih lagi penduduk...

Polis Thai Berkas Wanita,...

BANGKOK – Polis anti dadah Thai memberkas seorang wanita dan suaminya, seorang pegawai...

Zakat Di Selangor Hanya...

KUALA LUMPUR - Hasil kutipan zakat Negeri Selangor akan kekal untuk golongan asnaf...

“Kami Mahu Gagalkan Konspirasi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan 11 bekas Ahli Parlimen PKR yang keluar daripada parti...

Wan Azizah Ucap Takziah Atas Kematian Kulsoom Nawaz

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengutus ucapan takziah kepada keluarga bekas wanita pertama Pakistan Begum Kulsoom Nawaz yang meninggal dunia pada Selasa.

“Dengan penuh kesedihan saya mendapat berita tentang kematian Kulsoom Nawaz Sharif, bekas wanita pertama Pakistan.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Allahyarham di syurga. Doa dan ucapan takziah saya kepada keluarga Sharif,” kata Dr Wan Azizah dalam tweetnya.

Menurut laporan, Begum Kulsoom Nawaz, 68, isteri bekas perdana menteri Nawaz Sharif, meninggal di London ketika menjalani rawatan kerana kanser.

Bekas wanita pertama sebanyak tiga kali itu didiagnosa menghidap lymphoma pada Ogos tahun lepas. – BERNAMA

Kategori