JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut selepas dapur rumahnya di Jalan Perling 4, Taman Perling di sini terbakar hari ini.
Mangsa, Selamah Suleiman, 55, disahkan meninggal dunia selepas melebur 30 peratus pada bahagian badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Timbalan Penguasa Bomba Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian pukul 10.30 pagi sebelum sebuah jentera dengan enam anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Kebakaran itu memusnahkan bahagian dapur. Mangsa melecur kira-kira 30 peratus pada bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE