ROME – Seorang wanita yang berkaki palsu berjaya mara ke pusingan akhir Ratu Cantik Itali hari ini, walaupun dihina bertalu-talu di media sosial menjelang pertandingan itu.
Chiara Bordi, 18, hilang kakinya dalam kemalangan basikal ketika berusia 13 tahun, dipilih seorang daripada tiga peserta akhir dalam pertandingan yang dimenangi Carlotta Maggiorana.
Beberapa hari sebelum pusingan akhir, penyokong dan penentang Bordi saling berbalah.
“Saya kehilangan kaki, tetapi kamu hilang hati dan otak. Ada banyak kekecewaan dan ketidakpuasan hati di sebalik kempen kejian ini.
“Saya tidak berminat dengan kemenangan tetapi menunjukkan kepada dunia, kehidupan masih indah apabila dilahirkan semula selepas kejadian dramatik,” kata Bordi dari wilayah Tarquinia dalam laman Facebook selepas dituduh terpilih menyertai pertandingan cuma kerana beliau ‘cacat’. — AFP