Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU14: Senarai Penuh Calon...

JOHOR BAHRU – Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding...

Pencuri Sorok Ular Sawa...

PORTLAND (Amerika Syarikat) - Seorang lelaki didapati mencuri seekor ular sawa dari sebuah...

Wanita Maut Terjatuh Ketika...

BANGKOK - Polis Thailand menahan pelancong Britain berikutan kejadian seorang wanita maut terjatuh...

‘Dab Pose’ Mat Moto...

WALAUPUN larangan untuk tidak memberhentikan kenderaan di sepanjang jambatan Pulau Pinang bagi tujuan...

Warga Asing Seludup Keluar Minyak Masak Bernilai RM2,280 Ditahan

LAHAD DATU – Tindakan seorang lelaki warga asing cuba menyeludup keluar 340 bungkus minyak masak ke Filipina menerima padah apabila ditahan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menjalankan tugas operasi khas di Felda Sahabat dekat sini, awal pagi tadi.

Panglima 13 Briged, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Brigadier Jeneral Hamdan Ismail berkata suspek berumur 46 tahun itu ditahan ketika pasukan operasi seliaan unit 13 Briged (ESSCom) menahan serta memeriksa sebuah bot laju yang berkeadaan mencurigakan.

“Bot itu didapati membawa muatan 340 bungkus minyak masak seberat 340 kilogram bernilai RM2,280 tanpa dokumen kebenaran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamdan berkata kejayaan tersebut adalah antara usaha berterusan 13 Briged (ESScom) dengan kerjasama semua pasukan operasi dalam memastikan tiada elemen jenayah dapat membolosi ruang perairan negara.

Katanya menjadi keutamaan ATM dan pasukan keselamatan untuk memastikan keselamatan negara terkawal.  – BERNAMA

Kategori