Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Maut Makan...

JOHOR BAHRU : Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya masih dirawat di...

Husam Musa Dilantik Pengerusi...

KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melantik Senator Datuk Husam...

NASA Dedah Gambar Bongkah...

ANTARTIKA – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan rakaman beberapa keping...

Elaun Kos Sara Hidup...

BUTTERWORTH – Kementerian Pendidikan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan...

Warga Emas Dijangkiti Bakteria Kucing Mati

MISSOURI, Amerika Syarikat – Seorang warga emas dijangkiti beberapa ketulan bengkak berwarna kemerah-merahan yang pelik pada lehernya dipercayai akibat jangkitan bakteria berbahaya daripada kucingnya yang telah mati.

Lelaki berusia 68 tahun yang tidak didedahkan namanya itu ke sebuah pusat kesihatan untuk pemeriksaan setelah benjolan pada leher sebelah kanannya tidak sembuh sejak dua bulan berlalu.

Ujian darah menunjukkan lelaki itu menghidap sejenis penyakit tularemia yang jarang ditemui dan boleh menyebabkan pneumonia berbahaya dalam 60 peratus daripada kes-kes sebelum ini. Lelaki tersebut percaya dia mendapat penyakit itu daripada kucingnya yang mati selepas dua hari tidak sihat.

Tularemia jarang berlaku, namun boleh menjangkiti manusia dan binatang sekiranya mereka memakan daging haiwan dijangkiti yang tidak dimasak, terutamanya arnab. Sentuhan kulit ke kulit dengan haiwan peliharaan yang dijangkiti juga boleh menyebabkan tersebar.

Menurut The New England Journal of Medicine, kesan bengkak pada leher warga emas itu disebabkan pembesaran nodus limfanya dan ujian darah menunjukkan lelaki itu dijangkiti sejenis bakteria Francisella tularensis, namun berada dalam keadaan sihat.


Setelah dirawat dengan antibiotik selama sebulan, pesakit itu pulih sepenuhnya. – AGENSI/KOSMO ONLINE

Kategori