Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Sekurang-kurang 2 Maut, Lebih...

BEIJING: Sekurang-kurang dua maut dan lebih 50 mangsa lagi dilaporkan terperangkap apabila sebuah...

1 Dewasa, 7 Kanak-Kanak...

PRINCESS ANNE, Maryland - Tujuh kanak-kanak dan seorang dewasa, semuanya mempunyai ikatan keluarga...

Mustahil Penuhi Setiap Permohonan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menonjolkan sikap pesimistik apabila mengingatkan Kementerian...

WHO Bekerjasama Rapat Negara...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bekerjasama rapat dengan negara-negara yang merekodkan kes...

Yakin Dengan Esscom, Nelayan Lahad Datu Ke Laut Seperti Biasa 

LAHAD DATU – Yakin dengan kawalan keselamatan yang diberikan oleh pasukan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), rata-rata nelayan di sini ke laut seperti biasa sekalipun berlaku insiden penculikan melibatkan nelayan Indonesia pada Selasa lalu.

Masing-masing yang ditemui Bernama, berkata mereka tidak bimbang dengan kejadian itu kerana bot pasukan keselamatan sentiasa membuat rondaan di kawasan mereka menangkap ikan.

“Setiap hari keluar menangkap ikan, bot akan diperiksa oleh anggota Esscom dan kami (nelayan) juga ada berselisih dengan bot pasukan keselamatan di laut yang membuat kawalan keselamatan.

“Sebab itu kami tidak panik walaupun ada berita mengenai penculikan (di Semporna),” kata Domenicus Ignasus, 55.

Menurut Ambotang Tahirung, 26 pula, majoriti nelayan masih turun ke laut dan kadang-kadang bermalam sehari di tengah laut dengan kapal berlabuh sehingga di perairan Kunak.


“Selagi keadaan terkawal kami akan turun ke laut seperti biasa memandangkan menangkap ikan ini adalah punca pendapatan kami para nelayan,” katanya.

Tiga hari lalu, dua nelayan warga Indonesia dilaporkan diculik di perairan Pulau Gaya, Semporna oleh individu bersenjata yang tidak dikenali pada 12.30 tengah malam. – BERNAMA

Kategori