Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gerakan Tuntut 1.0 Serah...

PUTRAJAYA – Gerakan Tuntut 1.0 hari ini menyerahkan memorandum dan cakera padat (CD)...

Penyusunan Semula SJKT Mengambil...

SEGAMAT - Penyusunan semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara bukan...

Adam Berdepan Tindakan Disiplin...

KUALA TERENGGANU - Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly mungkin berdepan...

Harga Semua Jenis Minyak...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

YKN Perlukan Kerjasama Pelbagai Pihak Laksanakan Kebajikan

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa lebih banyak syarikat korporat, badan swasta, institusi kewangan dan institusi pengajian tinggi menjalin kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan dialisis.

Dr Wan Azizah yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN berkata kerjasama pintar dengan pelbagai pihak amat penting demi kebajikan dan kelangsungan hidup kumpulan sasar yang memerlukan rawatan berkenaan.

“Bagi penubuhan dan pengoperasian YKN Dialisis ini, pihak YKN mendapat sokongan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk syarikat korporat dan badan swasta serta institusi pengajian tinggi sama ada melalui sumbangan mesin dialisis, barangan keperluan dan ubat-ubatan atau penajaan pesakit,” katanya ketika berucap bersempena lawatan ke Pusat Dialisis Universiti Malayisa Sabah (UMS)-YKN Sabah di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew dan Naib Canselor UMS Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Dr Wan Azizah berkata sehingga kini YKN telah menubuhkan enam pusat dialisis di seluruh negara iaitu, YKN Dialisis Lembah Pantai, Kuala Lumpur, YKN Dialisis Rompin, Pahang, YKN Dialisis Kota Bharu, Kelantan, YKN Dialisis Kuala Terengganu, Terengganu dan Pusat Dialisis UMS-YKN.

Beliau berkata pemilihan lokasi pewujudan pusat dialisis adalah berdasarkan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dialisis di sesuatu kawasan dan kemudahan rawatan yang disediakan di setiap pusat dialisis menepati spesifikasi dan peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Perkhidmatan sosial yang diberikan ini dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah, khususnya bagi pesakit yang menampung kos rawatan tinggi,” katanya.


Dr Wan Azizah berkata YKN amat prihatin terhadap golongan kurang berkemampuan khususnya mereka yang menjalani rawatan dialisis.

“Oleh itu YKN telah memberi tajaan sepenuhnya kepada 60 pesakit yang berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan dan sejak 2015 hingga Julai 2018 YKN telah membelanjakan sebanyak RM4.052 juta bagi membiayai 60 pesakit berkenaan,” katanya.

Mengulas lawatannya ke Pusat Dialisis UMS-YKN, Dr Wan Azizah berkata YKN komited untuk meneruskan kerjasama dengan UMS bagi melaksanakan pelbagai lagi usaha kebajikan untuk manfaat golongan yang memerlukan dalam tempoh terdekat.

“YKN berhasrat untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan dengan kerjasama UMS yang akan merangkumi pelbagai inisiatif kebajikan meliputi projek Anjung Kasih, iaitu rumah penginapan sementara bagi keluarga pesakit yang mengiringi dan menemani pesakit yang datang ke pusat dialisis ini,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori