PUTRAJAYA – Kira-kira 1,000 warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama anggota keluarga masing-masing menyertai larian sejauh lima kilometer bersempena Hari Sukan Negara hari ini.
Para peserta dilepaskan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor di padang berhampiran tempat letak kereta KKMM di sini dan larian akan berakhir di lokasi sama.
Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Mohd Ali berkata sambutan Hari Sukan Negara peringkat KKMM mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja kementerian termasuk agensi dan jabatan di bawahnya.
āSelain beriadah, program hari ini turut menyumbang kepada menghabiskan waktu berkualiti bersama keluarga apabila sebahagian besar petugas membawa keluarga terutamanya anak-anak kecil,ā katanya lagi.
Mohd Ali juga berharap aktiviti berkenaan dapat diteruskan sebagai acara bulanan memandangkan ia mampu memberi kesan positif kepada produktiviti apabila warga kerja KKMM semakin erat, mesra dan lebih mudah menjalankan tugas. – BERNAMA