JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 450 kotak mengandungi 10,800 tin minuman keras dipercayai diseludup dalam serbuan di sebuah premis di kawasan Perindustrian Kulai, dekat Kulai, malam tadi.
Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata serbuan pada 7.30 malam itu turut menahan dua lelaki berumur 24 dan 37 tahun serta merampas dua van yang digunakan untuk kegiatan terbabit.
“Kesemua minuman keras yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan dua van tersebut dianggar bernilai RM256,400,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Khiu berkata ketika serbuan, dipercayai kedua-dua lelaki bersama kesemua minuman keras itu baru sahaja tiba di premis berkenaan dengan menaiki dua van tersebut untuk disimpan.
Siasatan lanjut kes itu dibuat mengikut Akta Kastam 1967, katanya. – BERNAMA
*Sekadar Video Hiasan..